Alkisah pakis dengan buluh…
by ** shAhirAchAn ** in


Saban hari, Muhyiddin terasa tidak senang duduk. Segala yang dilakukannya nampak gagal disempurnakan walaupun dirancang dengan rapi.

“Cukuplah… aku tak mahu cuba lagi. Aku redha. Aku terima aku tak akan berjaya dalam dunia ini,” rungut beliau.

Satu petang, Muhyiddin terjumpa Ustaz Hadi di taman riadah dan bertanya, “Ustaz, ana rasa putus asa. Boleh tak ustaz bagi satu alasan untuk ana untuk tidak berputus asa?”

Ustaz Hadi melihat Muhyiddin yang kesian lalu berkata…

“Wahai sahabatku. Usah bersedih. Nampak tak pakis itu dengan buluh di tepinya?”

“Nampak,” jawab Muhyiddin.

“Pakis dan buluh itu bermula daripada benih. Di taman ini, tiada siapa yang menjaganya, tapi Allah. Allah memberikan mereka cahaya. Allah juga memberikan mereka air.

Pakis tumbuh dengan cepat dari tanah. Daunnya menghijau meliputi tanah di sekelilingnya. Tapi buluh tidak tumbuh-tumbuh. Lama-lama, pakis semakin bertambah banyak dan menghijau. Namun buluh masih tidak tumbuh tumbuh.

Apakah Allah telah berputus asa dengan buluh? Tidak. Pada tahun kedua, buluh tumbuh daripada tanah. Enam bulan daripada itu, buluh itu tumbuh 100 kali meninggalkan pakis di bawah. 2 tahun yang buluh nampak tiada harapan untuk hidup sebenarnya digunakan untuk membina akarnya terlebih dahulu.

Apabila akarnya menjadi kuat, dan mula dapat mencari air dan mineral, maka buluh tumbuh daripada muka bumi. Allah tidak akan menguji segala makhluknya dengan perkara yang tidak mampu dihadapinya.

Jadi sahabatku, selama yang anta sedang berusaha dan diuji, sedarkah Allah sedang melatih anta untuk membina akarmu. Allah tidak berputus asa dengan buluh, Allah juga tidak akan berputus asa dengan anta. Jangan bandingkan diri dengan orang lain. Buluh mempunyai tujuan yang lain daripada pakis. Tapi kedua-duanya mencantikkan taman riadah ini.

Jangan merungut betapa besarnya masalah pada Allah, sebaliknya beritahu masalah betapa besarnya kehebatan Allah,” cerita Ustaz Hadi.

“Adakah cerita ini membantu anta?”

Muhyiddin terus memeluk Ustaz Hadi dan mengalirkan air matanya – “YA ALLAH,Terima Kasih menpertemukan ana dengan ustaz hari ini.”

Bagaimana pula dengan anda? Adakah cerita ini membantu anda? Jika ya, kongsilah dengan mereka yang memerlukannya.

Senyum.



***** It's Better To Light A Candle *****
 ***** Than To Curse The Darkness *****

by ** shAhirAchAn ** in

ماذا نقول إذا التقينا بالرسول هنقلوا ايه 

هنقلوا يا هل ترى شفت للأمة جرى


***** It's Better To Light A Candle ***** 
***** Than To Curse The Darkness *****

Kadangkala
by ** shAhirAchAn ** in

Kadang-kala,
Hati ini terlalu lemah 
untuk menanggung segala dugaan-Mu,

Kadang-kala,
Hati ini ingin sahaja
mengikut kehendak naluri,
Yang sememangnya 
lebih kepada berlandaskan nafsu semata,

Kadang-kala,
Tidak mampu untuk tahan keinginan
jika melihat keseronokan
yang dialami rakan sekeliling,
Ingin juga kaki ini
menjejak mereka,

Kadang-kala,
Iman ini terlalu tipis
untuk menangkis
kehendak dan naluri remaja ini,

Namun,
Segalanya terbatas 
tika ini bukan lagi waktunya,
Kematangan perlu ada dalam diri,
Agar mampu untuk
menahan nafsu keinginan,

Tanggungjawab lebih besar daripada keinginan,
Walaupun mengetahui..
Kadang-kala 
diri ini tidak mampu.....

***** It's Better To Light A Candle ***** 
***** Than To Curse The Darkness *****

take a breath n0v
by ** shAhirAchAn ** in

hello! :)
long long longgg... time.. no wiriting no bebelling no merepeking
erk! what? that's totally merepek la kan.. @@
hmmm..
don't know what to talk about
just i'm now being a 3rd year medical student
and that killing me inside out T_____T
the very tough subjects
PHARMACOLOGY
PATHOLOGY
MICROBIOLOGY
PARASITOLOGY
all this frills and fluffs neurological things
suck me from deep inside T_T
help me ohh...
to keep on moving!
to keep on wishing!
to keep on going!
and....to keep have faith in Him!

hmmm take a breath...fuhhh~~~

"it's not as easy as ABC
though it's not as difficult as cooking
it's all up to you
you make your choice"

take a second breath~~~

let me be me from now
i want to feel free to write 
what ever cross my mind
but then if you feel unpleasant to read
just leave me alone
yeah alone~

have a nice jumu'ah ^_~

***** It's Better To Light A Candle ***** 
***** Than To Curse The Darkness *****

Ramadhan Kareem!
by ** shAhirAchAn ** in

Allahu akbar!
Alhamdulillah..Dipanjangkan usia bertemu Ramadhan 1433..

O Allah! Bless me and bestow Your forgiveness upon me!

Ramadhan datang lagi..Adakah ini Ramadhan terakhir kita...Apakah sudah cukup semua amalan kita...

Bulan Ramadhan telah dimuliakan oleh Allah SWT mengatasi bulan2 lain..Ramadhan mampu menjana satu suasana yang cukup indah bg org2 beriman..Siang dan malam silih berganti di bulan Ramadhan..Pastinya diwarnai dgn kepelbagaian corak warna-warni pengibadatan kpd Allah dgn penuh ketaatan dan keikhlasan sejati kpdNya..
Kemuncak kpd bulan Ramadhan melahirkan umat Islam yg bertaqwa kpd Allah..
Tarbiyah Ramadhan kali ini hendaklah digunakan dgn sebaiknya krn kita tidak mengetahui peluang dan ruang pd masa akan dtg dpt menemui bulan mulia ini..Dirakamkan dlm Al-Quran akan peristiwa besar yg berlaku pd bulan Ramadhan iaitu perang badar al-kubra..Allah merakamkan pengajaran yg besar di mana Allah melatih dan mendidik 'tarbiyah' kpd tentera Islam dlm peperangan ini dan tentera Islam berjaya menewaskan tentera musyrikin dlm suasana kuantiti tentera Islam yg sedikit berbanding tentera musyrikin..
Di zaman kini, jihad yg paling besar pd kita pd bulan ini bagaimana hendak mengawal atau menjaga hawa nafsu 'jihan an nafs'..Cabaran yg besar Allah letakkn pd hambaNya utk mendidik diri pd bulan Ramadhan ini..Allah menjanjikan peluang dan habuan ganjaran  yg besar kpd hambaNya iaitu diakhir atau kemuncak bulan ini mendapat kenikmatan taqwa kpd Allah ta'ala...
Akhir kalam..Sambutlah dan raikanlah Ramadhan dgn mengisi pelbagai model utk diri sendiri dan org lain..Medan tarbiyah kali ini seharusnya dimanfaat sebaik mungkin krn bulan Ramadhan adalah bulan bonus Allah kurniakan kpd hambaNya utk membuat amal kebajikan dan mencegah kemungkaran.... :)

***** It's Better To Light A Candle *****
 ***** Than To Curse The Darkness *****

Catatan Rindu
by ** shAhirAchAn ** in

Tenggelam aku
Di lautan madu-Mu
Kasmaran gita cinta
Anyam badai rindu
Saraf lembut bayu sufi
Bertiup kasih berpuput berkat
Cari muara hakikat
Gapai kuala makrifat
Teluk hijrah baitul makmur
Pada singkat diri..

Laut rinduku tumbuh
Tenang gelora anyam alun
Dalam anyam kasih-Mu
Noktah makna
Penuh sementara
Takjub kehidupan!


***** It's Better To Light A Candle ***** 
***** Than To Curse The Darkness *****

Apabila Pagar keRinduan bertemu Tembok keEgoan
by ** shAhirAchAn ** in

'Bismillah. InsyaAllah cuti ini saya akan melangsungkan perkahwinan dengan pasangan saya. Dijemput kepada sahabat-sahabat untuk hadir ke majlis kami.'

Apabila pagar kerinduan bertemu tembok keegoan...
NEXT ???

Alhamdulillah. Seinfiniti rasa syukur dipanjatkan kepadaNya. Lama menanti, akhirnya Allah perkenankan hajat kami semua melihat mereka disatukan. Moga redha, rahmat serta kasihNya mengiringi langkah ini. Kepada Kamil Kamaruddin & Nurul Sheila Fatin Zaidi [kedua-duanya warga N9!] semoga bahagia ke anak cucu, malah sampai ke syurga!

Tahniah3!^^,
can't wait to see them..their wedding

::: I really like this quote :::
"Kasih, Sayang dan Cinta adalah tiga perkara berbeza..
Ketiga-tiganya akan menjadi lebih bermakna apabila disatukan.."


***** It's Better To Light A Candle *****
 ***** Than To Curse The Darkness *****

MENCARI SEMANGAT YANG HILANG
by ** shAhirAchAn ** in

Kawan2. 
Memandangkan musim EXAM FINAL dah lame bermula.. cuma aku jek yg baru rasa bahangnye..Ape kate kite menCARI SEMANGAT YANG HILANG tu..!
Hmm.. ye ye ye.. aku tau aku bukanlah yang terbaik.. erm, mungkin tak baik pun..
Tapi at least aku ade rase.. rase untuk menjadi yg terbaik tu..
Korang ade??? hee~
ok ok okaii.. aku nampak jek suka maen2 nih.. tapi sekarang aku tengah serius..
Aku nak semangat! 
Semangat untuk jadi terbaik dalam kalangan yang TERBAIK!^^,
terlebih EMOSI pulak.. -.-'
Jadi, oleh itu, aku cari punya cari.. aku terjumpa video ni..


ehh, ade sambungan lagi...


alamak.. die macam tergantung pulak.. x jumpa sambungan die..

Jom Try Apa Yang Dia Bagi .. 
(^_^)

Bagi menCAPAI KEJAYAAN kita perlu melakukan apa yang patut dan meLAKUKAN SEHABIS MUNGKIN.
Kerapkali kita berPUAS HATI dengan USAHA sedangkan ia belum memadai dan menCUKUPi.
Kalau HASILNYA belum BAGUS maknanya usaha kita belum cukup baik...
Usah salahkan hasil tetapi LIHATLAH USAHA.

p/s ::
Surah Al-Imran ayat 139
"Jangan kamu merasa lemah dan kamu berdukacita, kerana kamu pasti menang, asal kamu sungguh-sungguh beriman (mukmin)."

Subhanallah ... Hadapkan hati pada Allah ... Bergantung dengan hanya tali Allah ... Meminta hanya pada Allah ... Mengadu juga pada Allah ... Terima apa sahaja dari Allah ... Kita pasti MENANG ...!
Amiin.



***** It's Better To Light A Candle ***** 
***** Than To Curse The Darkness *****

by ** shAhirAchAn ** in

"Tiada yang ditelan manusia
yang lebih disukai oleh Allah
selain daripada dua perkara,
Iaitu menelan [menahan] marah dengan kesabaran,
dan menelan musibah dengan kesabaran juga..

Dan tidak ada titisan 
yang lebih disukai oleh Allah
daripada dua titisan,
Iaitu titisan darah dalam memperjuangkan agama Allah,
dan titisan airmata pada malam yang gelap
sambil sujud serta tidak ada yang mengetahui kecuali Allah..

Dan tidak ada langkah
yang disukai oleh Allah
daripada dua langkah,
Iaitu langkah menuju sembahyang fardu
dan langkah untuk menyambung silaturrahim.."

Itulah pesan Rasulullah SAW
menurut Aban Bin Shalih 
daripada Umar 
daripada Anas Bin Malik RA.


***** It's Better To Light A Candle *****
***** Than To Curse The Darkness *****

by ** shAhirAchAn ** in



Hidup adalah SATU PEMBELAJARAN

~BELAJAR bersyukur walau x cukup~
~BELAJAR ikhlas walau x rela~
~BELAJAR memahami walau x sehati~
~BELAJAR bersabar meski terbebani~
~BELAJAR setia walau tergoda~

BELAJAR dan terus BELAJAR

Walau keyakinan setegar karang, 
tapi sudah menjadi kudrat 
bahawa hati sudah seperti air laut, bergelombang, pasang surut dan sering terbawa arus. 
Maka teruslah BELAJAR dan BERSEMANGAT 
agar bisa bertahan hidup .......

erm, what's yours??


by:dpmtanta :)



***** It's Better To Light A Candle ***** 
***** Than To Curse The Darkness *****

by ** shAhirAchAn ** in

Sesungguhnya keMENANGan itu disertai dengan keSABARan.

Kita tidak boleh mengeluh dengan ujian Allah

Kerana hal ini umpama kita tidak REDHA dengan kesusahan yang Allah beri..

Jika kita mengaku bahawa kita cinta kepada Allah,
MANA BUKTINYA??

Ibaratnya,

Jika tiba-tiba kamu ditampar oleh seseorang dalam keadaan yang gelap gelita.
Ketika itu kamu terasa sakit dan marah sekali,
Rasa mahu sahaja ditampar kembali orang itu.
Kemudian, apabila lampu dibuka,
Rupa-rupanya yang tampar kita ialah kekasih kita.
MARAH ATAU TIDAK?

Haaa..begitulah.
Apabila kita tahu rupa-rupanya kekasih kita yang tampar,
Terus tidak jadi marah..
Walaupun terasa sakitnya,
Kalau boleh ingin suruh dia tampar lagi sekali.
HEEE~

Begitulah ibaratnya cinta kita kepada Allah.

Jika kita benar KASIHkan Dia,
CINTAkan Dia,

Kenapa harus marah bila Dia beri kita UJIAN?

Kenapa harus bersedih apabila Dia datangkan MUSIBAH yang membuatkan hati kita terasa SAKIT?

Bukankah kita perlu berSYUKUR?

Itu tandanya ALLAH masih SAYANGkan KITA.

Dia beri kita ujian kerana Dia mahu kita lebih dekat denganNya.

Kerana lumrah manusia ini,
Hanya mencari Allah apabila susah,
Tetapi apabila senang, terus lupakan Allah.



Dalam Surah Al-Baqarah
Ayat 286
Allah telah berfirman ::
" Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
-------------------
p/s ...:: muhasabahdirisendirijugak ::...
Selamat Beramal (^_^)


***** It's Better To Light A Candle ***** ***** Than To Curse The Darkness *****