Kadang-kala,
Hati ini terlalu lemah
untuk menanggung segala dugaan-Mu,
Kadang-kala,
Hati ini ingin sahaja
mengikut kehendak naluri,
Yang sememangnya
lebih kepada berlandaskan nafsu semata,
Kadang-kala,
Tidak mampu untuk tahan keinginan
jika melihat keseronokan
yang dialami rakan sekeliling,
Ingin juga kaki ini
menjejak mereka,
Kadang-kala,
Iman ini terlalu tipis
untuk menangkis
kehendak dan naluri remaja ini,
Namun,
Segalanya terbatas
tika ini bukan lagi waktunya,
Kematangan perlu ada dalam diri,
Agar mampu untuk
menahan nafsu keinginan,
Tanggungjawab lebih besar daripada keinginan,
Walaupun mengetahui..
Kadang-kala
diri ini tidak mampu.....
***** It's Better To Light A Candle *****
***** Than To Curse The Darkness *****

