Sesungguhnya keMENANGan itu disertai dengan keSABARan.
Kita tidak boleh mengeluh dengan ujian Allah
Kerana hal ini umpama kita tidak REDHA dengan kesusahan yang Allah beri..
Jika kita mengaku bahawa kita cinta kepada Allah,
MANA BUKTINYA??
Ibaratnya,
Jika tiba-tiba kamu ditampar oleh seseorang dalam keadaan yang gelap gelita.
Ketika itu kamu terasa sakit dan marah sekali,
Rasa mahu sahaja ditampar kembali orang itu.
Kemudian, apabila lampu dibuka,
Rupa-rupanya yang tampar kita ialah kekasih kita.
MARAH ATAU TIDAK?
Haaa..begitulah.
Apabila kita tahu rupa-rupanya kekasih kita yang tampar,
Terus tidak jadi marah..
Walaupun terasa sakitnya,
Kalau boleh ingin suruh dia tampar lagi sekali.
HEEE~
Begitulah ibaratnya cinta kita kepada Allah.
Jika kita benar KASIHkan Dia,
CINTAkan Dia,
Kenapa harus marah bila Dia beri kita UJIAN?
Kenapa harus bersedih apabila Dia datangkan MUSIBAH yang membuatkan hati kita terasa SAKIT?
Bukankah kita perlu berSYUKUR?
Itu tandanya ALLAH masih SAYANGkan KITA.
Dia beri kita ujian kerana Dia mahu kita lebih dekat denganNya.
Kerana lumrah manusia ini,
Hanya mencari Allah apabila susah,
Tetapi apabila senang, terus lupakan Allah.
Dalam Surah Al-Baqarah
Ayat 286
Allah telah berfirman ::
" Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
-------------------
p/s ...:: muhasabahdirisendirijugak ::...
Selamat Beramal (^_^)
***** It's Better To Light A Candle ***** ***** Than To Curse The Darkness *****


