tahukah anda??
bunga ros atau juga dikenali sebagai mawar
boleh menjadi penawar penyakit
dan digunakan secara meluas dalam perubatan Islam silam.
sewaktu zaman kegemilangan
kerajaan Islam Bani Umaiyah, Andalus
hospital Islam adalah yang pertama mengamalkan terapi wangian.
seluruh hospital termasuk wad dipenuhi dengan haruman bunga ros
sebagai gantian bau ubat-ubatan.
ternyata usaha itu berjaya memberikan penyembuhan yang cepat kepada pesakit.
di mana kekuatannya??
kaedah ini juga dinamakan sebagai
terapi wangian atau aromaterapi.
bunga ros itukah yang ada kuasa menyembuh atau bauan yang dikeluarkan?
dari sudut sains bagaimana pula?
Ibn Sina adalah sarjana Islam pertama yang berjaya menemukan kaedah rawatn menggunakan aromaterapi.
beliau juga mencipta proses penyulingan wap pada abad ke-11 untuk menghasilkan pati bunga bagi tujuan rawatan aromaterapi.
sejak zaman Mesir purba, bunga ros telah digunakan sebagai wangian penyegar udara dan minyak wangi.
manakala ketika zaman Greek, Hipocrates ,enggunakan bunga ros yang dicampur dengan minyak untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan sistem peranakan.
pakar perubatan India pula menggunakan bunga ros bagi menyembuhkan luka dan radang pada kulit.
haaa, ni antara hasil daripada bunga ros/mawar
...air mawar...
air mawar telah digunakan para doktor sejak zaman dahulu untuk merawat masalah saraf
dan sebagai ubat hidu bagi pesakit yang menghidapi penyakit paru-paru.
manakal ebstrak dari kelopak mawar diberikan kepada pesakit
yang mengalami masalah jantung dan buah pinggang.
*******
Andai ku tahu banyak khasiatnya,
tidak mungkin dilepaskan begitu sahaja,
Masih terbau,
harumnya mawar liar selepas hujan,
Tarik nafas dalam-dalam,
udara memenuhi ruang dada,
terasa SEGAR! puas!
Fikiran terasa lapang & tenang.
*******
hasil kajian yang dilakukan Dr. Boris Basilyev,
doktor sains perubatan dari Amerika Syarikat
bakterian akan mati dalam masa 5 minit
apabila tersentuh dengan kelopak bunga ros segar.
kerana itulah menjadikan bunga ros penawar yang paling sempurna untuk merawat penyakit kulit.
Dari kelopak yang segar hinggalah serbuk kering
semuanya ada kuasa penawar.
Serbuk kelopak bunga ros yang dicampurkan dengan madu
adalah penawar untuk mulut radang, stomatitis, dan paradontose.
[ ape tu? sila google ye ;) ]
campuran itu hendaklah disapukan pd gusi yg radang.
pening kepala, mabuk, dan lemah tenaga
dirawat dgn mnghidu bau ros segar atau minyak ros.
minyak ros juga boleh menguatkan otot kardium.
sebab tu disyorkan oleh doktor di dalam ubat sedut atau gas sedut bg rawatan sternocardia.
teh bunga ros juga penuh khasiat dan mudah disediakan :)
p/s :: sihat itu adalah kemewahan yang paling berharga.
***** It's Better To Light A Candle *****
***** Than To Curse The Darkness *****





