~ RhEoStAt VS TheRmOmEtEr ~
by ** shAhirAchAn ** in

x sangka ade motivsi disebalik nama
rheostat dan thermometer..
masuk sains sikit heheh..;)
artikel nih aku bace kat satu 'laman sesawang sosial'
hah, ape yang aku bace tu aku nak kongsikan
..........
bismillahirrahmaanirrahiim
dengan nama Allah yang Maha Pemurah 
lagi Maha Penyayang
..........
manusia terbahagi kepada dua bahagian
termometer dan reostat
kenapa termometer dan reostat?
sebab manusia ni selalunya terbahagi kepada dua bahagian
pertama kumpulan yang 'dimanipulasi'
kedua kumpulan yang 'pemanipulasi'
hmm..itu adalah hakikat manusia hari ini
ada yang menjadi 'pemanipulasi' macam reostat
( pengubah keadaan )
dan ade juga yang 'dimanipulasi' macam termometer
( berubah mengikut keadaan )

okai..firstly..i would like to talk about thermometer
ape kegunaan termometer?
to measure themperature. right
biasanya bila demam, doktor akan suruh kita nganga mulut
then, die letak benda macam glass rod yg ade skala warne merah
untuk ukur suhu badan kita kan.
so, manusia yang macam termometer nih
adalah manusia yang bersifat macam termometer
berubah mengikut keadaan semasa 
or in another word..
is manipulated by the surroundings...
( dimanipulasi )

kalau kita tengok zaman sekaarang nih ramai je manusia 'termometer' ni
takut nak buat keputisan sendiri
takut orang cemuh dan orang lain bangkang
manusia camni lebih suka ikut orang..
( senang cakap xde pendirian lah )
diorang nih takut nak mulakan sesuatu
suka tengok orang dah buat baru nak ikut, kalau mula dulu tak nak
takuutttt!!!!

okey lah..mmg x dinafikan
kalau jalan yang dah diikuti oleh orang lain dan terbukti selamat
itulah jalan yang selamat
tapi kita xkan maju lah kalau macam tu kan

pepatah melayu
* rambut sama hitam hati lain-lain *
pepatah inggeris
* it's take all sort to make the world *
maksudnye sume orang adalah TIDAK SAMA..
so, why must kita follow org lain kalau setiap org berbeza kan.
setiap org ade kelebihan n kekurangan masing2..
kelebihan tu perlu diasah..
kekurangan tu perlu diperbaiki..

untuk maju ke hadapan
seseorang itu perlu memacu kejayaan dengan acuan tersendiri
setiap orang tidak dilahirkan pandai
mungkin kepandaian kita tu Allah pindahkan untuk kelebihan yang lain
yang xde pada orang lain sape tahu kan.
mcm Dato' Jimmy Choo..
dia bukan seorang yang 'power' akademik dulu
tp sekarang dah berjaya dengan perniagaan kasut
macam mane? sebab dia berani menongkah arus
dengan mencuba benda baru
dia x jadi macam termometer..dimanipulasi..
dia cuba menjadi pemanipulasi

so, kita kena kenali potensi diri
perubahan yang baik adalah perubahan yang berlaku
dari dalam dan dekat dengan diri
minat kerana itu akan kekal
perubahan paling buruk adalah 
perubahan luaran
kerana itu LAKONAN!

fitrah kalau kita x rasa yakin dengan diri kita
sebab fitrah manusia juga dilahirkan tidak semua 'complete' or 'perfect'
ade kekurangan dan kelebihan, but !
kita diberi kudrat untuk menutup kelemahan/kekurangan itu

* kota Rom tidak dibina dalam masa sehari.begitu juga kejayaan *

* gagal yang paling berbahaya dalam hidup bukanlah ketika gagal ..
tetapi gagal untuk mencuba lagi setelah gagal..*

SO?
Mari kita berusaha dan mengorak langkah untuk kejayaan
dunia dan akhirat
Melangkahlah bagaimana cara sekalipun..
sebab setiap yang melangkah pasti akan sampai ke matlamat
Setiap kejayaan dimulakan dengan langkah pertama..
usahakanlah langkah pertama itu sebaiknya dan secepat mungkin
:)
..........
sekadar perkongsian
harap mendapat manfaat

p/s :: jom renung2kan ayat ni..
" Janganlah kamu mengikut apa-apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya.."
" Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubahnya sendiri.."


~artikel : iluvislam~



***** It's Better To Light A Candle ***** 
***** Than To Curse The Darkness *****

Post a Comment