Dr.ShAhIrA JuSt ArOuNd dE CoRnEr JeP :P. Powered by Blogger.
About Me
** shAhirAchAn **
Malaysia
I'm assassin..professional petala kelapan.
Muka x berperasaan mcm papan batu aje..
I hate frills and fluffs and complicated neurological stuff too~
Don't like being in the spotlight !
Passion to become A Doctor ;D
xde, aku tengah menghitung
jam Plus minit Plus saat Plus detik
1,2,3,4,5,6,7,.......
[sambung sendiri]
.......
countdown
bukan utk sambut merdeka
bukan juga utk birthday
lagi la bukan utk exam -_-
[sbb bru abes exam]
tapi utk BALIK ke 'kampung' halaman!!!
huhuh :D
siyes semangat aku nak balik
EX-CITED weh!
dengar lagu Sudirman-Balik Kampung syok abesss!
Ngee :p
excited2 pun aku baru nak kemas barang2
[excited tapi malaassss...]
.......
Beg aku dah sumbat seberapa banyak yang boleh
dah rupa tahu sumbat dah..haha
[tahuu. berat gilak*]
dan aku rasa cam aku mmg x larat nak angkat
[ade roda kan, tarik lah..-_-']
aku pun xtau nape berat semacam
barang aku cam sikit jek
[memang tipuu lah tu :p]
harap2 x over limit
;)
okai la
ak ex-cited sampai idea tersekat
x mencurah-curah pulak -_-
lagi 'bopa' jam jek...!
[perkataan utara bopa=berapa]
huhuhu
flight aku pukul 1.35 ptg
naik gulf air
gi matar sewa kereta
dari rumah kul 10 pg
moga dipermudah semua urusan~~
p/s :: doakan aku selamat pergi dan selamat balik :D
Being Me is the greatest challenge to keep on moving when everything messed up to keep on going when my vision turns upside down to keep calm when my anger explodes to keep smiling when all I have is sadness to enjoy the real happiness that came only for a while
but only this way these lessons had taught Me how to live these challenges that made me stronger inside out these stories that gave me strength to my weaknesses so I thank YOU GOD for each fate that u wrote for my Life is nothing better but THE BEST! ",
first time weh aku pose
tanpa family di sisi
[tacing2]
first time pose
kat negara orang
tengok kiri kanan terawih mak2 arab
tapi aku x keseorangan
aku ade akak2 yang baik hati
;D
pagi tadi..
kebetulan yang memang telah dirancang
nak g Tahrir..dgn Shira Ishak
nak amek visa
metro? jgn cakap la..
lebih padat dari tin ikan sardin kot!
[dsbbkn aku x suka padat2 uh, aku rela tggu lame sikit smpai metro yg krg padat]
smpai Tahrir..
kena tggu 2 jam plak bru visa selesai
holahaiii....pose kot.
kalau x pose boleh la jenjalan ke makan2 ke..
[naseb la sape suh tangguh2 -.-']
Alhamdulillah visa selesai sudehh..:)
sampai umah..
ape lagi, lepas solat je terus aku pengsan
=_=
letih weh kena tunggu tadi
time buka..
sementara nk tggu2 azan, bukak laptop jap
goda2 sikit tenet
usha2 sikit laman sesawang nih
haha
[apelah, patutnya ngaji-.-]
terawih..
kami serumah pegi Masjid Nur
1 rakaat = 1 maqra'
8 rakaat = 8 maqra' = 1 juzuk
berdiri? lame x?
jangan tanyelah..ce korg try baca 1 maqra'
lame x?
lebih kurang cmtu lah berdiri..huhu
tapi tapi tapi..
korang baca an laju kalah 'metro'
imam uh baca cool jek,
[bayangkan sendiri lah ehh]
balik umah terus blog
on9
usha2 sikit tenet plus goda2 pape yg patut..
heheh ;p
makan koktel yg akak nih buat smbil2 tu
kenyang dah...
nak pi tido~
p/s :: first day letih la jugak sbb g Tahrir uh
x sabar nak balik Malaysia!!!!!
(; Ramadhan bulan Rahmat Beramal Soleh dan Berpuasa ;)
....... PUASA .......
" Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. "
[Surah Al-Baqarah-183]
" ...berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. "
[Surah Al-Baqarah-184]
" Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan mulia, bulan rahmat... Di mana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan di mana rezeki orang beriman bertambah..."
" Telah datang kepadaku Jibrail pada malam nisfu Sya'ban dan dia berkata : " Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka. Maka berdirilah dan kerjakan solat lalu angkatlah kedua tanganmu ke langit." Nabi Muhammad bertanya : " Hai Jibrail, apakah erti malam ini? " Dia menjawab : " Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah s.w.t mengampuni orang-orang yang tidak mensyerikatkan Allah dengan sesuatu pun, kecuali para ahli sihir, dukun, orang yang suka bermusuhan, peminum khamar, orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang yang suka mengadu domba dan orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni sehingga mereka bertaubat dan tidak mengulangi."
[Zubdathul Wa'izhin]
Diriwayatkan, bahawa Nabi s.a.w bersabda : " Barangsiapa berpuasa 3 hari permulaan Sya'aban dan 3 hari pertengahan Sya'aban dan 3 hari di akhir Sya'aban, maka Allah s.w.t mencatat untuknya pahala seperti pahala 70 pahala Nabi, dan seperti orang-orang beribadah kepada Allah s.w.t selama 70 tahun dan apabila dia mati di tahun itu maka dia seperti mati syahid."
Nabi s.a.w bersabda : " Barangsiapa yang mengagungkan bulan Sya'aban, bertaqwa kepada Allah dan berbuat ketaatan kepada-Nya serta menahan diri dari segala perbuatan maksiat, maka Allah s.w.t mengampuni semua dosanya dan menyelamatkan di dalam satu tahun itu dari segala macam bencana dan dari macam-macam penyakit."
KELEBIHAN
Dalam sebuah hadith Rasullah s.a.w bersabda : " Keutamaan bulan Sya'aban di atas semua bulan itu, seperti keutamaan aku di atas semua Nabi dan keutamaan bulan Ramadhan itu di atas semua bulan ibarat keutamaan Allah s.w.t di atas semua hamba-Nya."
Salah satu amalan yg paling mudah untuk kita amalkan sepanjang bulan bulan Sya'aban berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w yg diriwayatkan oleh Anas bin Malik : " Sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan laut dari sinar di bawah Arasy, lalu menciptakan satu malaikat yang mempunyai dua sayap, satu sayapnya di timur dan sayapnya yang lain di barat, sedang kepalanya di bawah Arasy dan kedua kakinya di bawah lapis bumi ke tujuh. Apabila seseorang hambanya membaca selawat untukku di bulan Sya'aban maka Allah s.w.t menyuruh malaikat itu supaya menyelam di air "Hidup". Malaikat itupun menyelam, kemudian keluar dari dalam air serta mengibas-mngibaskan kedua sayapnya, sehingga bertitisanlah air dari bulu-bulu yang sangat banyak sekali. Maka Allah s.w.t menciptakan dari tiap-tiap titis air itu, satu malaikat yang memohonkan ampunan bagi orang yang mebaca selawat, sampai hari kiamat."
Wa'Allahu'alam~
so, jom sama2 banyakkan selawat
sementelah masih berbaki beberapa hari Sya'aban
:)
p/s :: selawat bukan untuk bulan Sya'aban jek.
pada bulan2 lain, minggu2 lain, hari2 lain, masa2 lain juga~
mengapa kah masakan umi/ibu/emak/mama/mamy... paling sedap?
walau penah menjamah mknn eksotik, mewah or berkelas skalipun
masakan ibu tiada tandingan!
[ masakan umi&ayah THEBEST! ]
kata orang..itulah penangan 'air tangan'
yeke..? macam mana..?
*******
Air tangan sebenarnya ialah aliran kasih sayang, kesungguhan, keceriaan dan ketulusan hati seorang ibu yang memasak untuk keluarganya. Hati itulah yang mengalirkan 'air tangan'. Jadi, air tangan pd hakikatnya ialah aliran kasih sayang semasa umi/ibu/emak/mama/mamy memasak untuk keluarganya =)
*******
ohh, ini bukan aku cakap tp pakar motivasi pun cakap juga ye ;)
[ ehem3, not 'roti basi' okai ;p ]
what do they said?
*******
Orang yg melakukan 1 kerja dgn penuh kasih-sayang, ceria n tulus ikhlas dari hati, hasil kerjanya akan berkualiti. Dorongan kerjanya bukan untuk 'mendapat' ttpi untuk 'memberi'.
*******
so, kenapa masakan umi/ibu/emak/mama/mamy aku,anda, kamu semua terasa sedap??
sebabnya senang aja donk!! hik3;p
umi aku memasak krn didorong untuk memberi kasih sayang kpd anak2nya [family]
err, ibu/emak/mama/mamy kamu juga lahh~~~huhu
Watch out!!
[ ade org tu cuak bile aku cakap cmni. kuang3~ ]
Realitinya, 'air tangan' bkn hanya pd kerja memasak.
Ia perlu ada dalam setiap jenis pekerjaan.
setiap pelajar juga~
perlu ber'kasih sayang' dalam semua subjek yg dpelajari
[ okai, ni aku cakap depan cermin ;p ]
Falsafah d sebalik 'air tangan' inilah dapat merealisasikan dorongan Rasulullah s.a.w agar setiap kita memperelokkan kerja kita ^___^
" Bahawasanya Allah s.w.t suka apabila seseorang dari kamu membuat sesuatu kerja, dia memperelokkan kerjanya."
Ada segumpal daging yg menentukan karakteristik seseorang..
Yaa, dialah hati..
Namun, hati ada yg memiliknya..
Ada yg berhak utk mengaturnya..
Dialah ALLAH SWT Sang Maha Pemegang Hati
Yang membolak-balikkan hati manusia.......
*******
sesekali hati mengeluh dgn kesusahan dan kepayahan hidup
terasa pedih dan rapuh
sakitnya seperti tiada hati lain yg mampu mengerti
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah Al-Baqarah ayat 216)
duhai hati,
janganlah kau terkorban dgn dunia
sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna.......